Guna air Sungai Golok sambut Aidilfitri

Guna air Sungai Golok sambut Aidilfitri

YAAKOB Yusof terpaksa menggunakan air sungai Golok untuk mandi selepas berdepan masalah gangguan bekalan di Kampung Simpangan, Tumpat, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Simpangan di sini terpaksa menggunakan air Sungai Golok untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri esok selepas masalah gangguan bekalan yang melanda kawasan itu masih belum pulih.

Seorang penduduk, Yaakob Yusof, 56, berkata, walaupun ada perkhidmatan lori tangki air menghantar bekalan air namun ia masih belum mencukupi.

Menurutnya, permintaan terhadap bekalan air makin bertambah sejak Jumaat lalu susulan kepulangan perantau untuk menyambut Aidilfitri esok.

“Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi, bekalan air yang dihantar setiap hari itu akan habis dalam tempoh dua jam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk Hazinah Awang Seman, 72, memberitahu, dia terpaksa mengguna air Sungai Golok untuk membasuh peralatan dapur termasuk pinggan, cawan, mangkuk serta sudu.

Katanya, tindakan itu terpaksa diambil kerana dia tidak mempunyai pilihan disebabkan masalah bekalan air.

Sementara itu, Kasim Omar, 62, berkata, pembinaan telaga tiub di Kuala Jambu yang sudah dibina memberikan sinar baharu buat mereka dalam berdepan krisis bekalan air.

Katanya, bagaimanapun kebocoran paip yang berlaku menyebabkan bekalan tidak sampai ke rumahnya sekali gus menyaksikan masalah tersebut terus berulang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN