Golongan B40 sambut Aidilfitri sederhana, belanja berhemah

Golongan B40 sambut Aidilfitri sederhana, belanja berhemah

TAN Kian Boon (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Sumbangan Kebajikan Bulan Ramadan USM & Kumpulan Malvest di Bilik Sumber Pelajar, Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar, USM Kubang Kerian, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Golongan B40 memilih untuk menyambut Aidilfitri tahun ini secara sederhana dan berbelanja secara berhemah susulan peningkatan kos.

Seorang Pembantu Awam, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Mohd. Anisham Mohd. Kair, 41, berkata, situasi itu menyebabkan persiapan menyambut lebaran agak perlahan dengan memberikan keutamaan kepada perkara-perkara yang lebih penting seperti bayaran sewa rumah serta pendidikan anak-anak.

“Saya mempunyai lima orang anak dan segala perbelanjaan untuk persiapan raya tahun ini agak mahal. Disebabkan itu saya hanya mampu beli sepasang baju raya untuk setiap seorang anak.

“Keadaan ekonomi ketika ini amat memberi kesan termasuk kenaikan harga barang, malah rumah yang saya sewa sekarang ini juga turut mengalami kenaikan sehingga RM600 sebulan berbanding RM300 sebulan pada tahun lalu,”katanya kepada pemberita pada Majlis Sumbangan Kebajikan Bulan Ramadan USM & Kumpulan Malvest di Bilik Sumber Pelajar, Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar, USM di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 100 penerima yang terdiri daripada keluarga asnaf telah menerima bakul makanan termasuk beras,  minyak masak, tepung,gula, kuih raya serta wang tunai berjumlah RM50.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Malvest, Tan Kian Boon berkata, sumbangan yang bernilai RM30,000 ini turut disumbangkan kepada pesakit-pesakit dan pelajar USM.

Katanya,sumbangan ini dapat memberi kesedaran kepada orang-orang yang mengalami kesukaran hidup dan melatih diri agar bersifat pemurah.

“Bagi pesakit-pesakit di HUSM, sebanyak 200 kotak makanan telah disediakan manakala 300 kotak makanan disediakan kepada pelajar USM.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka pada bulan Ramadan dan bersedia untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri nanti,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya