JERANTUT: Seorang pelancong asing dari Belanda teruja apabila dapat merasai pengalaman yang disifatkannya sebagai paling indah dalam hidupnya kerana berkesempatan merasai suasana sambutan Ramadan di negara ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, gadis manis tersebut, Rianne, 20, berkata, pengalaman bercuti selama dua minggu di Pahang khususnya Jerantut cukup bermakna buat dirinya apabila dapat mengunjungi bazar Ramadan di bandar ini. “Saya memang mengambil keputusan bercuti lama di sini, iaitu dua minggu bersama keluarga dan tidak menyangka ketika kehadiran kami di sini, masyarakat Islam sedang menyambut Ramadan. “Jadi, saya berkesempatan melihat sendiri suasana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya