EzyWasiat: Produk digital perkukuhkan Maybank Islamic Wealth Management

EzyWasiat: Produk digital perkukuhkan Maybank Islamic Wealth Management

KASIH SAYANG YANG TIADA NOKTAH, WALAU KITA BERLAINAN DARAH. EzyWasiat membantu membahagikan aset anda sehingga 1/3 kepada pewaris yang dikehendaki. Mulakan dengan Niat, sempurnakan dengan EzyWasiat. Daftar dalam talian: maybank.my/ezywasiat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rangkaian produk pengurusan kekayaan patuh Syariah ‘end-to-end’ yang holistik menambat keyakinan pelanggan terhadap Maybank Islamic.

Pengurusan kekayaan Islam mengambil pendekatan menyeluruh yang merangkumi lima teras dalam kitar hayat pengurusan kekayaan berpandukan undang-undang Syariah, iaitu penghasilan, pengumpulan, perlind­ungan, penyucian dan pengagihan kekayaan.

Dalam Islam, pengurusan kekayaan bukan sahaja satu keperluan malah ditun­tut syarak. Namun begitu, kesibukan harian serta kurangnya pengetahuan atau solusi yang mudah diakses antara punca pengurusan kekayaan, khususnya peran­cangan harta pusaka, sering diabai. Ini menyebabkan lebih RM70 bilion aset tidak dituntut di Malaysia, terutamanya dalam kalangan umat Islam.

Solusi patuh Syariah oleh Maybank Islamic

Di sinilah inovasi Maybank Islamic Berhad dengan rangkaian produk penguru­san kekayaan Islam ‘end-to-end’ yang merupakan solusi patuh Syariah holistik merangkumi kelima-lima teras penguru­san kekayaan. Dibangunkan atas komit­men untuk menjadikan perkhidmatannya mudah diakses, di bawah setiap teras menawarkan penyelesaian yang kompre­hensif kepada pelanggannya pada setiap masa.

“Memahami kerumitan yang dihadapi pelanggan, kami berusaha untuk memu­dahkan perjalanan pengurusan kekayaan mereka. Dengan mengintegrasikan kesemua solusi merentasi kelima-lima teras, kami memastikan pelanggan diiringi di sepanjang perjalanan, di samping khidmat nasihat Syariah yang memenuhi keperluan mereka,” kata Dr. Muhd Ramad­han Fitri Ellias, Pengarah Program Strate­gik, Maybank Islamic.

Sempurnakan Niat dengan EzyWasiat dalam 30 minit

EzyWasiat, perkhidmatan penulisan wasiat yang inovatif dan efisien, merupakan inovasi digital terkini Maybank Islam­ic di bawah teras pengagihan kekayaan. Ia bukan sahaja solusi perancangan harta yang mesra pelanggan malah membantu menangani tanggapan salah tentang wasiat di sisi Islam.

Antaranya, tanggapan bahawa hukum faraid sudah memadai dalam urusan pembahagian harta. Hakikatnya, sehingga satu pertiga daripada harta seseorang itu boleh diwasiatkan kepada bukan waris seperti anak angkat dan pertubuhan amal. Wasiat memastikan orang yang tersayang dilindungi, di samping membantu merin­gankan beban kewangan mereka.

Menjimatkan masa, merin­gankan beban penulisan wasiat

Bahkan umat Islam yang telah lama berniat untuk menyediakan wasiat masih terhalang oleh kerumitan proses penu­lisan wasiat.

“Dengan EzyWasiat, umat Islam dapat memanfaatkan perkhidmatan penulisan wasiat khusus untuk mereka yang meni­tikberatkan keperluan syarak dan peran­cangan masa hadapan demi orang yang tersayang. Dalam erti kata lain, kami membantu anda untuk menyempumakan niat perancangan harta dengan wasiat,” jelas Dr. Muhd. Ramadhan lagi.

Berasaskan model bantuan unik, pelanggan akan dibantu secara langsung oleh penasihat pengurusan kekayaan patuh Syariah atau pengurus hubungan yang akan menggunakan algoritma faraid untuk memudahkan proses penulisan wasiat. Pelanggan boleh melantik sesiapa yang dipercayai sebagai pentadbir untuk pengagihan aset dan liabiliti selepas pemergian mereka.

Pelanggan hanya perlu menyediakan dokumen yang betul, dan dengan bayaran serendah RM600, penulisan wasiat mereka boleh disempur­nakan dalam masa 30 minit sahaja. Dengan format digital, EzyWasiat juga mudah untuk diubah suai pada bila-bila masa, sesuai dengan kepentingan indivi­du yang beredar mengikut peringkat kehidupan.

“Dengan proses penulisan wasiat yang dapat diselesaikan dalam tempoh 30 minit dan struktur harga yang berpatutan, kami ingin memastikan tiada sesiapapun yang terkecuali daripada bantuan guaman perancangan harta yang berkualiti tinggi,” tambah beliau.

Pertumbuhan kewangan Islam

Sebagai peneraju institusi perbankan Islam terkemuka ASEAN dan bank komer­sial Islam terbesar di Malaysia, Maybank Islamic kekal komited untuk menerajui perbankan patuh Syariah bukan sahaja di rantau ini malah serata dunia.

”Membuka jalan ke arah fasa pertumbuhan kewan­gan Islam yang seterusnya, pelanggan tetap menjadi keutamaan kami. Justeru, kami terus berusaha untuk menaik­tarafkan kemudahan pelanggan menerusi pendigitalan produk pengurusan kekayaan Islam.”

 

“Memahami kerumitan yang dihadapi pelanggan, kami berusaha untuk memudahkan perjalanan pengurusan kekayaan mereka. Dengan mengintegrasikan kesemua solusi merentasi kelima-lima teras, kami memastikan pelanggan diiringi di sepanjang perjalanan, di samping khidmat nasihat Syariah yang memenuhi keperluan mereka.”

Dr. Muhd. Ramadhan Fitri Ellias, Pengarah Program Strategik, Maybank Islamic

 

 

 

 

 

 

Menginovasikan kemudahan

Tidak dinafikan, tanpa solusi yang komprehensif, mungkin ramai yang gentar dengan pengurusan kekayaan. Oleh itu, solusi patuh Syariah yang menggabungkan serta menyatupadu­kan semua teras pengurusan kekayaan dapat memberi pelanggan keyakinan dan kelapangan minda dalam menem­puh selok-belok pengurusan kekayaan.

Zakat Auto-Debit adalah salah satu solusi yang telah diintegrasikan sepenuhnya ke dalam platform digital Maybank Islamic. Melalui Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan di laman web Maybank2u dan aplikasi MAE, zakat akan dikira dan dipotong secara automatik daripada akaun pelanggan tanpa sebarang caj tambahan.

Dengan membuat pembayaran zakat secara automatik, pelanggan dapat mengelakkan kemungkinan kesilapan pengiraan dan menggabungkan semua pembayaran zakat ke atas akaun deposit dan pelaburan Maybank Islamic ke dalam satu penyata.

Untuk maklumat lanjut tentang pengurusan kekayaan Islam atau EzyWasiat, layari maybank.my/ezywasiat untuk sebarang pertanyaan serta mendapatkan khidmat penasihat pengurusan kekayaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN