PETALING JAYA: Kesatuan Eropah (EU) memuji usaha Malaysia menurunkan kadar penebangan hutan ke paras terendah yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Pesuruhjaya EU bagi Alam Sekitar dan Perikanan, Virginijus Sinkevičius turut mengiktiraf komitmen negara ini terhadap pengeluaran komoditi mampan yang diperakui. Perkara itu dizahirkan dalam kenyataan bersama Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi serta EU selepas persidangan secara maya, semalam. Terdahulu, kenyataan itu berkata, Sinkevičius dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani membincangkan Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR) dan peranan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya