JOHOR BAHRU: Sekumpulan kanak-kanak di Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini mengumpulkan duit raya diterima mereka sempena Hari Raya Aidilfitri untuk disumbangkan kepada keluarga mangsa kebakaran sehari sebelum sambutan 1 Syawal. Salah seorang kanak-kanak tersebut, Haraskaiser Mohd. Khairul Amri, 11, mengajak enam lagi rakannya untuk berbuat demikian kerana berasa simpati dengan keluarga mangsa. “Kami rasa sedih kerana mak cik (mangsa) dan keluarganya tidak dapat beraya seperti orang lain. Jadi kami kumpulkan sedikit duit raya untuk disumbangkan kepada mereka,” katanya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Scientex, di sini. Selasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya