MERSING: Seekor dugong dewasa bersaiz panjang satu meter yang dipercayai mati beberapa hari lalu ditemukan terdampar di kawasan pantai berhampiran Tanjung Leman, dekat sini. Bertindak hasil aduan awam, anggota Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Mersing telah bergegas ke lokasi berkenaan untuk mengambil sampel bangkai dugong tersebut bagi siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian. Jabatan Perikanan negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, perairan Johor adalah satu-satunya tempat di Semenanjung Malaysia di mana dugong boleh ditemukan. “Walau bagaimanapun, populasi dugong semakin berkurangan akibat ancaman kehilangan serta kemusnahan habitat dan ekosistem rumput laut. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya