JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri ini merampas 16.3 tan tin sardin dari China yang diimpot melalui Singapura kerana mengandungi cacing parasit Anisakis sp. di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini awal bulan ini. Pengarahnya, Edie Putra Md. Yusof berkata, parasit itu dikesan dalam sardin berkenaan selepas pihaknya menghantar sampel makanan itu ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Penemuan itu dikesan selepas pihaknya menyita sebuah lori yang membawa muatan sardin dalam tin dianggarkan seberat 16,320 kilogram (kg) bernilai RM83,879 melalui pintu masuk negara. “Sitaan terhadap lori itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya