BESUT: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut berjaya mencipta treler air mini daripada barangan terpakai untuk memudahkan kerja-kerja memadam kebakaran hutan pada musim panas ini. Ketua BBP Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, mereka mengambil masa kira-kira tiga minggu bagi melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta proses mencipta treler tersebut. Menurutnya, inovasi terbaharu itu dapat membantu mereka menjalankan operasi pemadaman di lokasi yang sukar diakses jentera bomba. Katanya, treler air itu boleh ditarik menggunakan pacuan empat roda dan memerlukan kekuatan sekurang-kurangnya tiga anggota untuk digerakkan ke lokasi kebakaran hutan berskala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya