PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan hukuman mati terhadap seorang bekas tukang masak restoran berusia 72 tahun dan menggantikannya dengan hukuman penjara 31 tahun kerana membunuh teman wanita yang enggan mengahwininya, 13 tahun lalu. Othman A. Aziz disabitkan membunuh Ratna Suffizahriyanti Omar, 23, di antara pukul 8.45 malam, 2 Mei 2011 dan 12.45 pagi keesokannya di bilik sebuah rumah di Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Harmindar Singh Dhaliwal sebulat suara menggantikan hukuman gantung dengan hukuman pemenjaraan selepas membenarkan permohonan semakan bapa dua anak itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya