BENTONG: “Saya lihat angin kencang datang mengangkat dan menerbangkan khemah peniaga,” cerita seorang peniaga nasi ayam selepas bazar Ramadan Felda Chemomoi dekat sini dilanda ribut petang kelmarin. Menurut peniaga tersebut, kejadian mencemaskan itu berlaku sekitar pukul 6.40 petang ketika bazar tersebut dipenuhi pengunjung yang sedang membeli juadah berbuka puasa. Katanya, ribut dengan angin kencang itu berlaku kira-kira 20 minit, mengakibatkan beberapa peniaga mengalami kerugian berikutan pelbagai makanan jualan seperti lauk-pauk, kuih-muih serta minuman mengalami kerosakan. “Kejadian ini turut menyebabkan kereta yang diparkir berhampiran rosak dipercayai ditimpa besi khemah “Banyak kerugian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya