MELAKA: Kerajaan negeri akan melancarkan pakej Melaka Nightlife yang menawarkan harga RM10 kepada setiap pengunjung untuk melawat beberapa produk pelancongan bermula 1 Jun ini, sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, dengan harga RM10 pengunjung boleh menaiki Bot Melaka River Cruise (MRC), Menara Taming Sari dan muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim). Menurutnya, tawaran istimewa itu boleh dimanfaatkan semua pengunjung bermula dari pukul 11 malam sehingga 3 pagi. “Pakej ini diperkenalkan rentetan daripada kejayaan kemasukan percuma di 10 lokasi pelancongan utama pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya