Baulu lapis tetap dapat permintaan

Baulu lapis tetap dapat permintaan

AMIRUDIN Talib (kiri) menunjukkan baulu lapis resipi turun-temurun keluarganya yang sering mendapat permintaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Baulu, makanan tradisi berzaman tetap mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pada hari ini untuk dijadikan hidangan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Hal tersebut dinyatakan seorang pengusaha baulu lapis dari Kampung Sijangkang, Amirudin Talib yang mendakwa terus menerima tempahan terutama pada minggu terakhir Ramadan sehingga mencecah 1,000 biji dalam satu-satu masa.

Menurutnya, ekoran permintaan tersebut, dia dan isterinya, Rosliza Saroni, 61, akan membuat baulu bermula 10 hari terakhir Ramadan dan dibantu oleh anak-anaknya.

“Resipi baulu lapis mirip seperti sebiji kek yang mempunyai rasa tersendiri. Baulu lapis masih mendapat permintaan dan kami mempunyai pelanggan tetap kerana sudah pun mengusahakannya lebih 30 tahun.

“Bukan tiada orang lain yang buat tetapi rasanya tidak sama dengan baulu lapis yang saya usahakan dengan keluarga,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Amirudin memaklumkan, resipi baulunya masih kekal walaupun perusahaannya sudah pun melebihi tiga dekad.

“Kita juga mempunyai mesin pemukul adunan mekanikal yang dihasilkan sendiri selepas cara manual dilihat menyukarkan terutama ketika tempahan meningkat.

“Resipi baulu lapis saya tidak pernah berubah, cuma jika ada permintaan kita akan buat baulu yang rangup,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN