JERANTUT: Walaupun daerah ini mencapai suhu panas mencecah sehingga 38 darjah Celsius minggu lalu, ternyata ia tidak menghalang pelancong asing untuk terus mengunjungi pusat peranginan hutan tropika Taman Negara Kuala Tahan dan perkampungan pesisir Sungai Tembeling di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling dekat sini. Malah mereka dilihat tetap melakukan aktiviti rekreasi dan riadah di pusat pelancongan berkenaan seperti berkelah, berenang menggunakan pelampung getah dan menikmati makanan tempatan. Pelancong dari Amerika Syarikat yang mahu dikenali sebagai Mike berkata, walaupun cuaca sangat panas, dia serta keluarganya tetap bersemangat melakukan aktiviti berkelah dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya