PETALING JAYA: Pemimpin Pas menyarankan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencontohi pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang masih mengekalkan keamanan negara dan kesejahteraan rakyat meskipun negara baharu berdepan wabak Covid-19. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahya berkata, situasi hari ini dilihat semakin mencabar kerana banyak perkara berkaitan perkauman yang mana perkara sebegini tidak berlaku ketika pentadbiran sebelum Anwar memegang tampuk pemerintahan. Menurut beliau, faktor kepimpinan Anwar dan PKR yang dikatakan sering tidak menunaikan janji antara sebab mengapa situasi pentadbiran negara dan politik hari ini tidak tenang, termasuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya