PETALING JAYA: Pistol semi automatik jenis Walther P99 milik Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu, Sabah dipercayai berada dalam almari di bilik tidurnya sebelum senjata itu diambil anak perempuannya berusia 14 tahun. Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, senjata api itu diletakkan di dalam beg sebelum anak bongsu daripada empat beradik itu masuk ke bilik berkenaan. “Mangsa disyaki masuk ke bilik sebelum mengambil senjata itu dan tertembak diri sendiri. “Ketika kejadian, bapa mangsa berada di Kinabatangan, Sabah atas urusan perpindahan rumah kerana baru berpindah selepas dinaikkan pangkat,” katanya di sini,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya