SEREMBAN: Jenazah Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohd. Marzukhi, 35, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang, di sini, kira-kira pukul 11 malam tadi. Istiadat pengembumian dilakukan mengikut tradisi TLDM itu dihadiri kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, sahabat-handai, warga tentera serta penduduk sekitar. Sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan, jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke kediaman keluarga di Taman Senawang Perdana di sini sebelum ke Masjid At-Taufiqiah di Taman Pinggiran Senawang untuk disolatkan kali kedua. Turut hadir memberikan penghormatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya