SEREMBAN: Syarikat Ajinomoto (M) Bhd. (AMB) menjalinkan usahasama strategik bersama Malaysian Recycling Alliance (Marea) bagi memperkasakan usaha ke arah memupuk amalan kelestarian di Malaysia. Pengarah Urusan AMB, Riichiro Osawa berkata, antara objektif utama usahasama tersebut adalah bagi menghasilkan pembangunan dasar lebih progresif selain menyumbangkan pandangan bagi mencipta persekitaran bersesuaian dengan pembangunan dan melaksanakan dasar Peluasan Tanggungjawab Pengeluar (EPR) yang lebih efektif di negara ini. Menurut beliau, ia juga bagi mengikut Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia pada tahun 2026 di mana pihak kerajaan akan melaksanakan program EPR ini secara mandatori. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya