PETALING JAYA: Semua kerja penyelenggaraan jalan membabitkan penutupan lorong diarahkan dihentikan sementara waktu bermula hari ini sehingga 17 April depan sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini. Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, hanya kerja-kerja kecemasan akan dibenarkan beroperasi dalam tempoh tersebut. “Mulai hari ini, semua kerja penyelenggaraan jalan membabitkan penutupan lorong akan dihentikan sementara sehingga 17 April 2024 bersempena perayaan Aidilfitri. “Cuma untuk kerja kecemasan, kita akan benarkan sekiranya ada keperluan. Rancang perjalanan anda sepanjang musim perayaan nanti,” katanya dalam satu hantaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya