Aidilfitri di ibu negara turut meriah

Aidilfitri di ibu negara turut meriah

mam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni, ketika mengimamkan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara. - FOTO/BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun ramai memilih untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri namun perayaan itu tidak kurang meriah dan dirasai di pusat bandar di sini hari ini.
Kira-kira 10,000 umat Islam dari pelbagai latar belakang mengambil peluang menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara, dekat sini.

Initipati khutbah hari raya menyeru orang ramai untuk terus istiqamah memenuhkan masjid bagi mendirikan solat berjemaah seperti ketika Ramadan, melakukan kebaikan dan mencegah sebarang bentuk kemungkaran.

Selain itu, umat Islam turut diajak mengenang nasib saudara seagama di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis, semoga Allah SWT memberikan mereka kesabaran, kemenangan dan kebahagiaan di tanah air sendiri, insya-Allah.

“Sesungguhnya Aidilfitri tidak dijadikan Allah SWT untuk bersenda gurau dan bergembira semata-mata. Namun, disyariatkannya untuk kita bertakbir dan berzikir kepada Allah SWT.

“Melaksanakan ketaatan kepada-Nya dan memperbanyak istighfar, memohon ampun kepada Allah SWT, tunduk kepada-Nya, bersyukur atas sempurnanya mengerjakan ibadah puasa dan qiamullail serta mendekatkan diri dengan berzakat, bersedekah dan mendirikan solat.

“Ketahuilah, orang yang menang dan bahagia itu bukanlah orang yang berpeluang menyambut Aidilfitri, memakai pakaian baharu, atau menikmati pelbagai juadah.

“Namun, seseorang itu dikatakan bahagia apabila Allah SWT menerima puasa dan solatnya serta Allah SWT menghapus segala dosanya,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN