PETALING JAYA: Sebanyak 73 kes penipuan dengan kerugian RM1.6 juta purata sehari dilaporkan dalam tempoh empat tahun dari 2020 hingga tahun lalu. Jumlah itu melibatkan kira-kira 107,719 kes penipuan secara keseluruhan membabitkan kerugian sebanyak RM3.45 bilion dalam tempoh tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes penipuan tidak pernah terhenti kerana sindiket sentiasa mempelbagaikan modus operandi baharu bagi menipu mangsa. Menurut beliau, walaupun jenayah penipuan atau ‘scam’ bukanlah isu baharu namun kes-kes dilaporkan membimbangkan kerana meningkat berbanding tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya