JERANTUT: Kira-kira 400 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi Dua menyumbangkan RM2 setiap seorang untuk membantu 17 asnaf dan anak yatim sekolah itu menyambut Aidilfitri. Guru Besar SK Felda Kota Gelanggi Dua, Mat Romli Norman berkata, sumbangan itu bagi mengisi Tabung Infaq, manakala selebihnya dibantu oleh guru serta kakitangan pengurusan pejabat sekolah tersebut. “Sumbangan wang tunai masing-masing RM31 kepada murid asnaf dan anak yatim di bawah pengurusan Panitia Pendidikan Islam bersempena program Khatam al-Quran sebelum sekolah mula bercuti menyambut hari raya minggu depan. “Sumbangan ini diharap dapat meringankan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya