PUTRAJAYA: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 mencatat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran peperiksaan itu. Jumlah itu meningkat berbanding 19,266 calon memperoleh 8A pada tahun 2022. Mata pelajaran terbabit ialah Bidang al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Sirah; Adab (Akhlak Islamiah); Jawi dan Khat; Lughatul Quran; Penghayatan Cara Hidup Islam; serta Amali Solat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, 88 peratus calon mencatat keputusan lulus keseluruhan iaitu peratusan sama pada tahun sebelumnya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya