KANGAR: Lebih 284 tan metrik sampah dikutip hanya dalam tempoh dua hari iaitu pada hari pertama dan kedua lebaran bersempena operasi khas pembersihan bersempena Hari Raya Aidilfitri di negeri ini. Malah, ketika umat Islam sibuk meraikan lebaran bersama ahli keluarga, kira-kira 95 pekerja pembersihan pula bertugas mengutip sampah bermula pada malam raya bagi memberi keselesaan kepada orang ramai. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) negeri, Shamsuharizal Basir berkata, pada 10 April lalu sebanyak 140.03 tan metrik sampah dikutip manakala pada hari raya kedua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya