SERI KEMBANGAN: Kira-kira 20 orang aktivis termasuk doktor dan pengamal media akan terlibat dalam misi Freedom Flotilla yang bakal berlepas dari Istanbul, Turkiye Ahad ini. Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Datuk Seri Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, misi bantuan kemanusian tersebut adalah gerakan akar umbi dan multinasional untuk mencabar sekatan haram Israel ke atas wilayah Gaza. Katanya, hal ini turut meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat antarabangsa terhadap kezaliman tentera Zionis ke atas penduduk Gaza. “Aktivis dari seluruh dunia bakal berkumpul di Istanbul Ahad ini untuk menyertai persiapan akhir sempena misi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya