PETALING JAYA: Sebanyak 1,985 kes kemalangan direkodkan membabitkan 20 kematian pada hari ketujuh Op Selamat sempena Aidilfitri tahun ini. Jumlah itu menjadikan kes kemalangan keseluruhan sejak 8 April lalu sehingga semalam adalah 10,804 dengan 131 kematian. Jabatan Siasatan Penguatkuasaan dan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding hari sebelumnya iaitu Sabtu dengan sebanyak 1,512 kes serta 12 kematian. Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi. “Sayangi diri, jauhi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya