15,000 orang penuhi Lurah Semantan, hadir rumah terbuka Aidilfitri Sultan Pahang - Utusan Malaysia

15,000 orang penuhi Lurah Semantan, hadir rumah terbuka Aidilfitri Sultan Pahang

AL-SULTAN ABDULLAH Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berswafoto bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Sultan Pahang di Lurah Semantan di Temerloh, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Kira-kira 15,000 pengunjung terdiri daripada rakyat pelbagai kaum hadir membanjiri Lurah Semantan di sini bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri Sultan Pahang di Temerloh Titik Tengah Semenanjung (TTTS) hari ini.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika bertitah mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Pahang dan Malaysia yang merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

“Bersyukurlah dengan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati sekarang sekali gus mempertahankan demi kemajuan negara akan datang” titah baginda.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah dan. Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menyampaikan duit raya kepada lebih 500 asnaf termasuk anak yatim, ibu Tunggal, saudara baharu Islam dan warga emas.

Baginda berdua turut mempamerkan sikap ‘sporting’ apabila menyumbang suara setelah diminta berbuat demikian oleh tetamu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah berduet menyanyikan lagu Gurindam Jiwa, Seiring Sejalan dan lagu raya, Menjelang Hari Raya.

Pelbagai hidangan disediakan seperti laksa, ketupat, nasi minyak, rendang ayam dan daging serta sate. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN