KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menghantar pulang 136 tahanan warga asing pulang ke negara asal mereka hari ini selepas ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah, Tanah Merah dekat sini. Kesemua tahanan yang terdiri daripada 119 orang lelaki, 13 orang wanita dan lima kanak-kanak. Pengarahnya Mohd. Faizal Shamsudin berkata, kesemua tahanan dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang di Selangor. Menurutnya, penerbangan menghantar pulang tahanan melibatkan destinasi ke Istanbul, Turkiye, Phnom Penh (Kemboja), Yangon (Myanmar) Ho Chi Minh (Vietnam), Dhaka (Bangladesh) dan Delhi (India). “Kesemua warga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya