PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 1,108 laporan palsu sepanjang tahun lalu sekali gus membuang masa dan tenaga pegawai dan anggota polis. Ini kerana pegawai penyiasat biasanya mengambil masa kira-kira tiga jam bagi meneliti, mengetahui dan menentukan sama ada kes yang dilaporkan itu berlaku atau rekaan untuk kepentingan peribadi. Antara kes yang banyak dilaporkan tetapi didapati palsu seperti kehilangan kad pengenalan, panggilan bom, kejadian ugut, ragut dan sebagainya. Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan, selain masa dan tenaga, bebanan tugas pegawai penyiasat akan terganggu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya