YaPEIM peruntuk RM5.6 juta bantu ansaf keluar dari kepompong kemiskinan

YaPEIM peruntuk RM5.6 juta bantu ansaf keluar dari kepompong kemiskinan

AMEER Ali Vali Mohamed (tiga kanan) ketika menyampaikan sijil kejayaan kepada salah seorang usahawan asnaf di Perkampungan Semula Nelayan, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan RM5.6 juta melalui Program Usahawan Asnaf bagi meningkatkan ekonomi golongan asnaf pada tahun lalu sekali gus ‘membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan.

Ketua Pengarahnya Ameer Ali Vali Mohamed berkata, seramai 801 usahawan berstatus asnaf di seluruh negara telah diberi bimbingan daripada tujuh rakan strategik yang menjayakan program tersebut menerusi usaha sama.

Menurutnya, ia melibatkan kerjasama dengan Maybank Islamic Berhad, Institut Penyelidikan, Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Majlis Pemulihan Negeri Kelantan (MPNK) dan Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA).

“Selain modal, para peserta turut dibekalkan dengan khidmat bimbingan dan kepakaran daripada pelbagai rakan strategik terutama UMK dan Maybank Islamic.

“Kerjasama strategik ini memainkan peranan jelas dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi sekaligus membantu meningkatkan pendapatan dan menyediakan taraf hidup yang wajar,” katanya selepas merasmikan Majlis Peluncuran Program Pembangunan Usahawan Asnaf di Perkampungan Semula Nelayan Tok Bali, di sini hari ini.

Ameer Ali memberitahu, pada April 2022 lalu seramai 100 peserta dalam kalangan asnaf di Bachok telah mengusahakan produk ikan lunak dan ayam kampung. 

Katanya, ia melibatkan golongan wanita asnaf dari keluarga nelayan dan orang kurang upaya (OKU).

“Melalui usaha ini, kita mahu mengeluarkan asnaf daripada seorang penerima zakat kepada pembayar zakat,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN