ARAU: Bersempena bulan Ramadan, UMNO Bahagian Arau dengan kerjasama mahasiswa daripada beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Persatuan Belia Masjid menyedia dan mengedarkan bubur lambuk di sekitar kawasan Arau di sini, semalam. Program secara gotong-royong yang bermula pada sejak awal pagi itu menyediakan sebanyak kira-kira 1,500 bekas bubur lambuk untuk diedarkan buat orang awam bagi mengimarahkan lagi bulan mulia ini. Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abd. Rahman berkata, pelaksanaan program tersebut adalah cetusan idea mahasiswa yang prihatin dengan masyarakat setempat. “Mereka (mahasiswa) juga ingin bersama-sama berkongsi rezeki sempena bulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya