PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan lebih 10 kargo yang membawa barangan bercukai berkemungkinan ‘lolos’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada satu-satu masa. Barangan seperti tembakau kunyah, rokok, arak, produk kesihatan dan alat ganti kenderaan yang diimport dari India, Bangladesh dan China diseludup masuk ke negara ini sehingga menyebabkan kerajaan kerugian sebanyak RM2 billion. Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, barangan yang sepatutnya dikenakan cukai telah ‘dilepaskan’ oleh penguat kuasa tanpa pengikraran Borang Kastam 1 (K1) dan pemeriksaan teliti. “Kegiatan penyeludupan ini bukan sahaja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya