Tiada lagi asnaf kelaparan melalui program Seikhlas Wakaf Seindah Ramadan

Tiada lagi asnaf kelaparan melalui program Seikhlas Wakaf Seindah Ramadan

RAHMAD Mariman (tengah) menyampaikan Kit Syawal kepada penerima sambil disaksikan Ahmad Basri Ibrahim (dua dari kiri) pada Program Seikhlas Wakaf Seindah Ramadan di Masjid As-Salimin, Kampung Kandang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seindah Ramadan anjuran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berjaya memenuhi sasarannya dalam memastikan sumbangan para pewakaf ASNB dapat disalurkan kepada golongan memerlukan di kala mengejar pahala berganda di bulan Ramadan.
Sempena program itu seramai 760 asnaf di 32 lokasi terpilih di seluruh negara termasuk anak yatim atau keluarga B40 menerima sumbangan peralatan persekolahan dan Kit Syawal mengandungi barangan keperluan seperti beras, gula dan minyak masak melalui sumbangan dana manfaat Wakaf ASNB berjumlah RM180,000.
Ketua Pengurusan Shariah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Dr. Ahmad Basri Ibrahim berkata, perkhidmatan Wakaf ASNB mengamalkan gabungan konsep pelaburan dan wakaf bagi memastikan sumbangan pewakaf ASNB kekal berterusan.
Jelasnya, para pelabur boleh mewakafkan unit amanah mereka dengan jumlah minimum RM1,000 yang dijadikan modal kekal untuk dilaburkan dan akan menghasilkan pulangan atau dividen secara berterusan.
“Hanya hasil pulangan pendapatan atau dividen akan diagihkan kepada projek wakaf terpilih di seluruh Malaysia. Program Seikhlas Wakaf Seindah Ramadan berhasrat memberi impak positif kepada komuniti dan masyarakat sasaran dengan menyediakan Kit Syawal sebagai bekalan persediaan bagi menghadapi Aidilfitri dan bantuan persekolahan kepada anak-anak yatim,” katanya.
Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, program ini telah mencapai objektif yang direncanakan PNB dan ASNB, selain melahirkan satu suasana penuh keberkatan.
“Saya percaya wakaf penting dalam membentuk kebersamaan dan keharmonian masyarakat,” katanya.

RAHMAD Mariman (tengah) menyampaikan Kit Syawal kepada penerima sambil disaksikan Ahmad Basri Ibrahim (dua dari kiri) pada Program Seikhlas Wakaf Seindah Ramadan di Masjid As-Salimin, Kampung Kandang, Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN