Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melaksanakan Majlis Pengurniaan Sumbangan Akaun Simpan SSPN kepada Pelajar Asnaf Negeri Kelantan pada 25 Mac lalu bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan. Berangkat ke majlis tersebut ialah Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah. Turut hadir, Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Datuk Norasni Ayob dan Ketua Eksekutif, Ahmad Dasuki Abdul Majid. Melalui program itu, Sultanah Nur Diana telah mengurniakan sumbangan akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM30,000 kepada pelajar asnaf dengan peruntukan wakalah zakat PTPTN Negeri Kelantan. Sumbangan itu akan memberi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya