PETALING JAYA: Reman tujuh hari diperoleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap sepasang suami isteri warga tempatan selepas disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang pada 27 Mac lalu. Penahanan reman pasangan berusia 42 dan 40 tahun itu dibuat bagi siasatan lanjut di bawah Akta Senjata 1960. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan mengenai reman dan penahanan kedua-dua suspek. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan. Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan sepasukan pegawai dan anggota…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya