Stoking kalimah Allah: YADIM saran orang ramai besar, tunggu keputusan siasatan PDRM

Stoking kalimah Allah: YADIM saran orang ramai besar, tunggu keputusan siasatan PDRM

ZAMRI Zainal Abidin ketika berucap merasmikan penutupan Forum Jiwa Madani: "Pengukuhan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia" di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyarankan orang ramai supaya bersabar dan menunggu keputusan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu penjualan stoking bercetak kalimah Allah di premis KK Mart.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Zamri Zainal Abidin berkata, pendekatan sebegitu adalah sangat penting demi menjaga keharmonian hidup rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

“Semua pihak termasuk ibu bapa, guru, kakitangan awam dan sebagainya perlu berlapang dada dan bersabar agar kita dapat menjernihkan keadaan. Mesti ada kesedaran ini supaya tidak cepat bergaduh.

“Kita semua perlu menyedarkan masyarakat (berkenaan isu stoking kalimah Allah) dengan mencari titik pertemuan dan bukannya titik perpisahan dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Forum Jiwa Madani: “Pengukuhan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia” di Tunjong, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zamri memberitahu, kesedaran tersebut sudah tersenarai dalam Rukun Negara dan lima prinsip berkenaan perlu sentiasa dihayati.

“Kerana itu kerajaan mengambil pendekatan untuk sentiasa menyebut lima prinsip Rukun Negara dalam semua program. Kita perlu hayati kembali kenapa Rukun Negara diasaskan.

“Insya-Allah isu ini akan reda. Tidak ada orang akan layan dan berbalik kepada teori ‘kalau ada permintaan akan ada penawaran’. Isu yang boleh mengeruhkan masyarakat ini, kalau ada menawarkan dan ada yang menyambut maka ia akan jadi,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan penjualan stoking tertera kalimah Allah di KK Mart Bandar Sunway tular di media sosial pada 13 Mac lalu selepas gambar produk itu dimuat naik oleh pengguna.

Penularan gambar serta isu tersebut telah menyebabkan kemarahan umat Islam di negara ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya