KUANTAN: Isu kalimah Allah pada stoking dan dijual di rangkaian kedai serbaneka KK Mart perlu segera diselesaikan sebelum ia melarat menjadi suatu yang lebih buruk. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, isu berkenaan juga sudah mula menerbitkan bibit-bibit perbalahan antara kaum. “Untuk itu, saya mengharapkan seluruh rakyat di negara ini agar dapat menjaga sensitiviti kaum dan agama bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan dapat terus dikekalkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah Allah dijual…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya