JERANTUT: Perkampungan Melayu Kuala Sat, Ulu Tembeling di sini dikunjungi kira-kira 2,000 orang untuk bercuti bersama keluarga sempena cuti persekolahan sejak Februari lalu. Kampung Kuala Sat terletak kira-kira 30 minit melalui jalan darat dari Kuala Tahan yang sinonim dengan pusat pelancongan hutan tropika yang berusia 130 juta tahun. Ketika ini kampung tersebut menjadi antara pusat peranginan popular berasaskan latar perkampungan termasuk budaya masyarakat yang menambat hati peminat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengusaha pelancongan Kuala Sat, Alias Hashim, 46, berkata, antara kesukaan pengunjung ke situ adalah menumpukan kawasan aliran Sungai Kuala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya