KUANTAN: “Serah kepada netizen untuk menilainya. Saya bukan gangster,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail susulan tular video seorang bekas Ahli Parlimen yang menggelarnya gangster baru-baru ini. Menerusi video yang dimuatnaik di laman media sosial TikTok, individu terbabit menggelar Wan Rosdy sebagai gangster berikutan tindakan tegas yang diambil kerajaan negeri terhadap pekebun sayur haram di Cameron Highlands sebelum ini. Dalam kenyataan video berkenaan, individu terbabit menyatakan tanah yang memiliki tanaman sayuran yang diusahakan oleh pekebun sayur tidak seharusnya disentuh. Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri mengambil tindakan tegas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya