Raja Puan Muda Perlis rasmi pembukaan Bawal Exclusive Perlis - Utusan Malaysia

Raja Puan Muda Perlis rasmi pembukaan Bawal Exclusive Perlis

TUANKU Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan pembukaan ‘Bawal Exclusive Perlis Diini Rizqin’ di Butik Diini Rizqin, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar Perlis.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan pembukaan Bawal Exclusive Perlis Diini Rizqin di Butik Diini Rizqin, Jalan Raja Syed Alwi di sini, semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengasas Bawal Exclusive, Mohd Rosli Awang serta Haliza Maysuri.

Bawal Exclusive merupakan pengeluar, pemasar, pereka dan juga pengedar produk berjenama mewah dan eksklusif.

Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan Swarovski dan menghasilkan tudung bawal dengan elemen kristal yang memukau.

Butik Diini Rizqin pulak merupakan satu-satunya ‘Authorized Reseller’ bagi Bawal Exclusive di Perlis.

Terdapat hanya sembilan sahaja ‘Authorized Reseller’ di negara ini.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian dan menyaksikan pertunjukan fesyen yang memperagakan koleksi-koleksi menarik yang boleh didapati di butik ini.

Sementara itu, mengambil sempena Sambutan Hari Wanita  Sedunia, Tuanku Lailatul Shahreen bertitah bahawa wanita adalah tunjang utama kepada kejayaan hidup seseorang insan.

“Malah wanita menjadi tunjang kepada kejayaan sesebuah negara. Pembentukan dan pendidikan awal daripada institusi keluarga memberikan impak yang cukup besar kepada perkembangan ilmu dan jati diri seseorang manusia.

‘Wanita yang bergelar sebagai ibu menjadi watak penting dalam membentuk kestabilan pemikiran, fizikal dan rohani seseorang anak. Begitulah juga wanita yang bergelar sebagai isteri menjadi pendokong kepada kejayaan seseorang suami.

“Proses lengkap melengkapi dan kerjasama antara satu sama lain menjadi kekuatan kepada pasangan yang berumah tangga dalam mengharungi badai kehidupan yang serba mencabar ini,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya