Raja Muda Perlis berkenaan berangkat ke Majlis Iftar Kementerian Sumber Manusia - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis berkenaan berangkat ke Majlis Iftar Kementerian Sumber Manusia

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Iftar Kementerian Sumber Manusia Bersama Raja Muda Perlis 2024 di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Iftar Kementerian Sumber Manusia bersama Raja Muda Perlis 2024 di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, semalam.

Keberangkatan tiba baginda yang diiringi sama anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar, Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp, Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Majlis berbuka puasa itu dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang bertujuan untuk menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) HRD Corp Cares berupa bakul makanan dan juga bantuan wang tunai kepada lima buah masjid yang terpilih di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap yang Dipertua MAIPs berkenan untuk menyempurnakan penyampaian sumbangan dari HRD Corp berupa bakul makanan kepada lima orang asnaf yang terpilih dan lima buah masjid terpilih yang menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM10,000.

Masjid yang terpilih itu adalah Masjid Jamek Kampung Binjai, Utan Aji; Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis; Masjid Al-Firdaus, Padang Besar Selatan; Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra, Batu 5; dan Masjid Al-Ridzuan, Kampung Behor Masjid.

Baginda turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih bersama sekalian yang hadir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya