KAMPAR: Kebiasaannya apabila menyebut masakan masyarakat Jawa, pasti ramai yang akan terfikir nasi ambeng dan lontong. Namun, ramai terutama generasi muda yang kurang mengenali juadah istimewa yang dikatakan berasal dari Jawa Timur, Indonesia iaitu punten. Menurut Noraizah Jailani, 45, dia mempelajari resipi untuk menghasilkan punten daripada nenek dan moyangnya. “Masyarakat Jawa merupakan bangsa yang suka mengembara dan berhijrah. Jika menurut orang tua, resipi asal punten berasal dari Jawa Timur. “Mereka yang berhijrah di negara ini tetap membuatnya dari generasi ke generasi dengan mempelajari resipinya daripada orang lama (orang tua). “Mungkin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya