BENTONG: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjaya menembusi tiga terowong dalam satu hari di daerah ini menjadikan sejumlah 30 terowong di sepanjang jajarannya ditembusi. Terowong Bentong sepanjang 561 meter, Terowong Kampung Lentang 1 (270 meter) dan Terowong Kampung Lentang 2 (478 meter) berjaya mencatat penembusan lebih awal dari jadual menerusi kaedah gerudi dan letup semalam. Lapisan kekal untuk Terowong Bentong 1 sudah mencapai 348 meter sebelum penembusan, manakala troli lapisan terowong bagi kerja-kerja lapisan kekal Terowong Kampung Lentang 1 dan Kampung Lentang 2 dalam penyediaan. Setiap terowong mempunyai purata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya