JAKARTA: Prabowo Subianto sah dipilih sebagai Presiden Indonesia, kata Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia, semalam. Menteri Pertahanan itu menewaskan dua pesaingnya, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo yang berjanji untuk memfailkan aduan undang-undang mengenai undian itu kerana disifatkan berlaku penipuan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Indonesia, Hasyim Asy’ari memberitahu, Prabowo dan pasangan Naib Presidennya, Gibran Rakabuming Raka menerima majoriti undi pada pusingan pertama 14 Februari lalu dengan memenangi undian sebanyak 59 peratus, atau lebih 96 juta undi. Prabowo, bekas komander pasukan khas dijangka mengambil alih jawatan Presiden Indonesia, Joko Widodo, bapa Gibran,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya