KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap seorang murid lelaki. Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, laporan dibuat oleh pelajar terbabit dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan yang dibuat mangsa. Menurutnya, sehubungan itu, polis akan mengambil keterangan daripada beberapa saksi dan siasatan akan dilakukan secara telus. “Siasatan juga akan mengambil kira dalam pelbagai aspek termasuk kandungan WhatsApp dan individu lain yang pernah dihubungi mangsa atau guru terbabit. “Kita juga meminta individu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya