ISKANDAR PUTERI: Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang pengguna media sosial yang membuat hantaran komen di Facebook menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam. Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, polis setakat ini menerima satu laporan berkaitan kes berkenaan, dua hari lalu. “Setakat ini kita belum dapat mengesan identiti pemilik akaun yang membuat hantaran komen berbaur perkauman itu, malah akaun itu juga telah disekat. “Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan,” katanya ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya