JOHOR BAHRU: Empat wanita warga negara India yang menjadi mangsa kegiatan persundalan diselamatkan polis menerusi serbuan pukul 2.15 petang semalam, di sebuah pangsapuri di Larkin Idaman, di sini. Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata, wanita terbabit berusia antara 24 sehingga 39 tahun. Katanya, operasi itu dilakukan sepasukan anggota dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen (JSJK) Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan. “Empat wanita warga India yang diselamatkan dalam serbuan itu dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya