PASIR MAS: Polis Kelantan sudah membawa cadangan untuk mewujudkan zon penampan (buffer zone) di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ke pengetahuan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, cadangan berkenaan bagaimanapun akan diteliti dan dibawa ke mesyuarat sebelum diputuskan. Menurutnya, zon penampan di sepanjang Sungai Golok itu adalah antara cadangan yang terbaik setakat ini dalam usaha mengekang aktiviti jenayah di sempadan negara. “Saya melihat ini (zon penampan) adalah yang terbaik setakat ini walaupun kita tidak dapat mencegah 100 peratus namun ia dapat mengekang aktiviti jenayah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya