PETALING JAYA: Perdana Menteri mengajak umat Islam di negara ini bersama-sama bertadabbur memahami seruan dan gesaan al-Quran yang sarat dengan mesej akhlak serta kemanusiaan sejagat. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, memahami mesej di dalam al-Quran seharusnya lebih ditekankan seperti mana memperbanyakkan tilawah kerana kitab suci tersebut hidup, berbicara dan menjadi suluhan dalam tiap kurun sejarah. Menurut beliau, pengajaran yang boleh diambil daripada tadabbur surah-surah yang ada tidak dilorongkan khusus buat orang beriman selain turut menjadi petunjuk buat seluruh umat manusia. “Tiap mauduk perbahasan, tiap kisah dan riwayat, baik kisah pemuda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya