SEREMBAN: Seorang penunggang dan pembonceng motosikal maut selepas terbabit dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 277 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara dekat Nilai di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kemalangan terbabit melibatkan sebuah treler, sebuah lori dan sebuah motosikal yang dinaiki mangsa. “Hasil siasatan awal di lokasi mendapati, semasa kejadian lori jenis Daihatsu yang dipandu oleh seorang wanita bersama dua lelaki telah mengalami kerosakan dan pemandu lori tersebut telah memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan. “Dalam tempoh masa kurang lima minit, semasa pemandu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya